Kini Ajoibest.blogspot.my berpindah ke www.ajoiblog.com

Suka citanya ingin saya maklumkan bahawa semua yang berkaitan dunia komik dalam Ajoibest.blogspot.my akan dipindahkan ke blog www.ajoiblog.com .

Kenapa berpindah?

Blog ajoiblog.com merupakan blog dimana saya share post-post yang berkaitan dengan kerja saya iaitu grafik design dan printing. saya rasakan lebih baik saya selitkan juga dunia komik saya ini di blog tersebut supaya memudahkan saya untuk update terkini dunia komik saya. Ini lebih memeriahkan lagi blog tersebut. Oleh itu, kepada yang ingin mendapatkan latest update, boleh singgah di


terima kasih diatas sokongan anda!

Memek muka yang menghidupkan jalan cerita komik

sebagai seorang pelukis komik, memek muka memang salah satu perkara yang perlu dikuasai. Memek muka ini boleh membangkitkan rasa seronok untuk membaca, membawa mood gembira,terkejut, sedih dan sebagainya.

Ada berbagai style memek muka yang boleh dilukis. Tanpa memek muka ni, kita akan rasa komik yang dihasilkan hambar, tiada emosi dan sentiasa serius sepanjang masa. Untuk menghasilkan memek muka yang cantik dan berfungsi baik untuk membangkitkan feel, kita boleh ambil daripada rujukan komik lagi.



Diatas, antara memek muka yang saya lukis berdasarkan rujukan komik yang saya baca.


Sekarang ini, saya telah memperbanyakkan style lukisan saya supaya pembaca boleh menjiwai watak-watak komik yang dipersembahkan. Saya masih lagi merancang jalan cerita komik yang mampu melekat dihati pembaca. Harapan saya bila pembaca membaca komik yang saya hasilkan, mereka tersenyum dan sentiasa ingin membaca hasil karya saya tanpa jemu. Amin

Practice make perfect- teruskan melukis dan perbaiki

Nasihat daripada otai yang menghasilkan komik, praktis setiap hari. Hari-hari mesti melukis. So aku pun teruskan aktiviti melukis. Melukis komik ini merupakan satu pengalaman baru untuk aku.



Ya la. Untuk permulaan ini aku perlu melakukan dari proses idea, menulis cerita. Lepas itu, melukis. Proses editing dan masukkan dialog. Semuanya mengambil masa.

Sebab itu disarankan bekerja dalam satu team. Seorang menulis cerita, seorang melukis, seorang membuat inking dan lain-lain lagi. Semua kerja-kerja ini diagihkan supaya komik dapat disiapkan mengikut deadline yang ditetapkan. Yang penting, produktiviti dapat ditingkatkan.

Aku masih lagi menyiapkan komik ' Aku budak kelas belakang'. Komik ini merupakan komik pertama aku. Kenapa 'Aku budak kelas belakang'? Sebabnya, aku nak kongsikan mengenai budak yang gagal di sekolah, namun akhirnya berjaya dalam hidup. 

Okey disini dahulu untuk post ini.chow!!!

Tak puas hati dengan hasil lukisan?

Perkara ini sering berlaku semasa kita melukis.  Memang benar, memang sukar untuk dapatkan lukisan yang perfect. Ianya memakan masa yang lama untuk dapatkan lukisan yang betul-betul puas hati.

Masa yang panjang akan mengganggu produktiviti kita melukis. Bayangkan jika lukisan tersebut mempunyai deadline yang perlu disiapkan.

Tiada yang perfect dalam dunia ini. Tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menghasilkan lukisan. Cuma jalan terus. Buat sahaja mengikut keselesaan dan stroke lukisan yang dihasilkan. Bayangkan 1 muka dihasilkan mengambil masa dalam 10 jam. Lepas itu, masih lagi tidak puas hati. Lukis semula. Ianya akan membazir masa yang banyak.

Bayangkan kalau kita kena hasilkan 100 muka surat. Agak-agak bila boleh siap. Setahun pun tak siap. Nasihat daripada Otai dalam bidang komik ni, pelukis profesional mementingkan produktiviti daripada kesempurnaan. Anggap sahaja lukisan yang dihasil sekarang merupakan latihan untuk menjadi tahap kesempurnaan.

Salam Takziah buat keluarga Mangsa Kebakaran HSA

Saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa kebakaran HSA semalam. Semoga diberi ketabahan dan kesabaran mengharungi ujian ini buat semua mangsa dan ahli keluarga yang terlibat. Berat memandang, lagi berat bahu yang memikulnya.


Ajoilicious #3: reaksi aku tentang masalah Kaki buli di Sekolah


Hukuman gantung sekolah 1 tahun?

Pada pendapat aku la kan, better budak ni diberi peluang disebab diorang ni masih muda mudi lagi. Kadang-kadang, kesilapan tu harus dibetulkan, bukan dihukum. Jika berat sangat kesalahannya, barulah hukuman berat. Diorang ni nak tunjuk hebat jer. bila ramai-ramai nampak hebat. Tapi bila sorang-sorang, pengecut, pemalu etc macam semua orang gak..ok bye :)

Pengaruh komik dalam kamus hidup aku

Setiap orang mempunyai pengaruh komik sendiri dalam hidup diorang. Apa yang dibaca akan mempengaruhi Sama jugak dengan aku.

Setiap generasi mempunyai minat komik masing-masing. Dan perubahan generasi ini membuatkan sesuatu komik itu masih releven dengan perkembangan semasa. Dahulu, komik ujang amat popular dan laris. Namun sekarang ianya telah terkubur.

Untuk entri ini, aku nak cerita antara komik-komik yang mempengaruhi hidup aku dan sekarang mempengaruhi sedikit sebanyak lukisan aku sendiri.

Aku start baca komik atau majalah kartun pada masa sekolah rendah lagi. Pada masa tu, komik ujang baru jer diperkenalkan. Dan abang aku selalu beli komik ujang tersebut. Secara tak langsung, aku membaca majalah ujang. Boleh dikirakan setiap keluaran memang tak miss.Kandungan Majalah ujang masa tu memang fresh dan best untuk dibaca. Tak sama dengan majalah gila-gila.

Selepas itu, komik dari Hong Kong pulak. Pada masa itu, komik Alam Perwira memang aku baca. Ini bermula abang aku yang no 2 yang bawa balik komik tu. Dari situ aku start terpengaruh komik tu. Dan akhirnya aku pulak terpaksa mengumpul komik tersebut.

Antara komik yang pernah aku kumpul adalah Alam Perwira (sampai tamat ), Komik anak-anak wira (sampai tamat), Pendekar laut generasi ke 3 ( generasi sebelumnya aku dapat baca setelah tamat gen 3), Komik dewata raya ( sama isu 100 lebih tapi tak complete. Ada episod yang miss tapi dapat baca balik semua episod sampai kemunculan victor. Pastu dah tak baca sebab jalan cerita tak best), komik wira golok ( komik ni aku kumpul sampai no berapa aku tak ingat, yang aku ingat masa tu, watak 'siapa' mncul. Komik ni best dan sampai sekarang aku nak sangat baca komik ini sampai habis), Wira-wira keinderaan ( tak abis kumpul ), Lagenda tok pedang ( tak habis kumpul), Petir tunggal, Juara wira, hikayat maharaja qin.

Semua komik ini telah dibuang oleh emak aku. Lepas pindah rumah baru, memang tak ada lagi komik-komik ni. Mengesal tak sudah..haha.

Pasa form 1 hingga form 3, kegilaan pulak pada komik dragon ball. Masa tu, cerita masa fliza atau cell keluar. So aku tak berapa minat sangat. Ada jugak kawan aku yang beli. Baca koleksi diorang sahaja.

Itu sahaja yang aku ingat. Selepas aku masuk sekolah Teknik, aku dah stop kumpul disebabkan aku duduk asrama. Tak dan nak kumpul keluaran setiap minggu. Masa ni aku kumpul majalah muzik ROTTW sampai aku masuk Universiti.

Dan pada tahun ini, aku jumpa komuniti yang mempunyai minat komik hong Kong ini kat facebook. Itu membangkitkan kembali nostalgia. Dalam masa yang sama, ada pula koleksi komik yang di scan. So bermulalah operasi mencari dan mendownload cerita komik hong kong tersebut.

Dan sekarang, aku bercita-cita pulak untuk membuat komik aku sendiri. Insyaallah semoga aku dapat mencapai impian aku.

Komik kisah pendekar



Salah satu idea awal aku adalah membuat komik mengenai pendekar melayu zaman dahulu. Ya lah kan, darah yang mengalir dalam badan aku ni kan darah Melayu. Darah pendekar katakan.. Tapi aku sedar nak buat komik mengenai pendekar ni bukan mudah. Perlu ada kajian mengenai jalan cerita, watak dan sebagainya. 

Dari segi bahasa pun dah lain. Kena gunakan bahasa dahulu kala dan pandai bermain dengan bahasa. Bab ni memang susah lah kalau tiada pengalaman nak buat, aku rasa mesti jalan cerita hambar. 

Cuba tengok filem Puteri Gunung Ledang. Bagaimana diaorang bermain dengan bahasa. Memang seronok menonton. Bagi aku, jika ada orang yang buat komik zaman dahulu, aku mengharapkan gaya bahasa klasik yang indah dan puitis sebab itu akan membangkitkan feel bila baca.

Apa pun, kena kreatifkan diri untuk pastikan apa yang dihasilkan boleh diterima pakai oleh sasaran pembaca. Tak guna kalau buat komik tapi tak ada orang baca. So, buat masa ini, aku belum ada minat lagi nak buat cerita pendekar..huhuhu..

Ajoilicious #02 : Pelukan orang tersayang

Wanita berasa selamat
di dalam pelukan
orang yang dia sayang.......

Bilakah kali terakhir
anda berada di dalam pelukan orang yang 
anda sayangi?

Ajoilicious #01: Bila dah bosan..

Satu ketika, bila aku bosan, aku akan melukis aksi. Ambil pen buat inking dan warnakan guna photoshop. Kemudian simpan untuk koleksi atau post kat blog ini.. Dapatlah buat satu post kat blog ni kan...Haha..!!!


Pastu..main tukar-tukar background....


Ada apa dengan Ajoilicious?

Yeah..Maafkanlah diri hamba ini kerana tidak update blog ini. Ya ampun. Sebenarnya aku sibuk bercuti dan melakukan kerja-kerja lain. Apa pun, ia tidak mengganggu minat aku dengan dunia komik ni.

Untuk post ini aku hendak cerita mengenai projek aku setiap minggu untuk blog ini. Ada apa dengan ajoilicious ini?

Ajoilicious merupakan projek kartun setiap minggu kepada pengikut blog ini ( Cewah, ada pengikut ker) dimana aku akan berkongsi apa sahaja yang terlintas dalam minda aku, isu semasa, sakartis dan lain-lain lagi. Yang penting ia tidak mengganggu gugat ketenteram dan sensitiviti orang ramai.

Sebenarnya projek ini adalah serampang dua mata. Sambil aku bekarya, aku boleh menajamkan bakat aku dalam melukis. Aku tidak tentukan lagi, setiap hari apa ia akan dimuat naik di blog ini. Tapi apa pun aku perlu berusaha untuk jadikan projek aku ini berjaya. Perjalanan aku dalam dunia komik masih jauh lagi. Jumpa lagi untuk post yang lain..Adios!!!

Aku masih belajar mewarna komik,practice make perfect, Chaiyok!


Pada post ni aku cuma nak kongsi sahaja. Ini merupakan sebahagian daripada latihan yang aku buat untuk memahirkan lagi mewarna kartun komik aku menggunakan adobe photoshop.

Ini gambar hitam putih  yang di scan.Lukisan ini aku lukis secara biasa sahaja. Tak detail sangat.


Dibawah ini yang telah siap diwarnakan.


Untuk hasil ni masih ada kekurangan. Masih tak perfect tapi aku puas hati sebab semakin faham cara-cara mewarna menggunakan adobe photoshop. 

Lukisan watak komik pertama dengan full color, amacam?


Yes..inilah hasil lukisan aku yang pertama. Jom tengok hasilnya dibawah ni.


Gambar ini aku lakar dan inking secara manual menggunakan tangan aku sendiri. Lepas tu aku scan dan jadilah seperti gambar hitam putih diatas.

Gambar dibawah ini aku dah masukkan color menggunakan adobe photoshop. So apa komen korang semua? Okey tak lukisan aku.



Sekarang ini aku dalam proses praktis melukis, inking dan mewarna. Dalam masa yang sama jugak aku sedang membuat dialog untuk komik aku nanti, Insyaallah...Chaiyok!!!!

Peralatan melukis komik yang ada buat masa ini

Sebelum melukis, pasti kena sediakan peralatan untuk melukis. Buat masa ini saja yang mampu aku sediakan. Bak kata mentor, mulakan dengan apa yang ada ditangan. Ya modal dalam beberapa belas ringgit sahaja. So inilah tool aku untuik melukis.


Tak mahal pun. Modal bawah RM30 sahaja. Insyaallah, bila dah ok nanti boleh upgrade kepada yang lebih baik. Yang penting boleh melukis dan menhasilkan lukisan yang memuaskan.Lepas ni boleh melukis dengan gembira.Yahoo!!!

Akhirnya buku panduan asas mewarna komik sampai

Alhamdulillah, akhirnya sampai jugak buku Panduan Asas mewarna adobe photoshop dari komik Ajif. Sebelum ini aku ada godek-godek di youtube cara mewarna komik. Selepas itu, aku cari panduan dalam bahasa melayu yang senang untuk aku faham. Akhirnya aku jumpa buku panduan dari komikajif.com.



Panduan ini hanya asas sahaja. Ia memberi gambaran serba sedikit bagaimana cara untuk mewarna menggunakan adobe photoshop.Sekarang, aku dah boleh gambarkan bagaimana untuk mewarna dengan cara yang betul dan paling mudah.

Chaiyok!!! Jom mewarna .huhuhu..

Mood: masih lagi mencari idea untuk komik yang bakal dihasilkan. Ehhhmmm...Idea dimanakah dikau..haha

Apa yang diperlukan sebelum menjadi pelukis komik?

Oleh kerana ini adalah kali pertama untuk aku memulakan cabaran melukis komik, aku perlukan info yang berguna untuk memulakan proses membuat komik. Oleh itu aku perlukan ilmu yang cukup supaya aku boleh menghasilkan komik aku sendiri.

Ilmu melukis komik ini mudah diperolehi dengan menggunakan enjin carian google.Selalunya aku akan terus mencari info dengan menonton video berkaitan sesuatu perkara melalui youtube. Selama ini aku gunakan youtube jika aku ingin mengetahui sesuatu lebih-lebih lagi mengenai bab design menggunakan adobe photoshop dan illustrator.

Banyak yang aku dapat dari menonton video tutorial mengenai bagaimana untuk menghasilkan komik ini. Semua video yang berkaitan ada yang aku subscribe chennel di youtube, ada jugak aku terus download untuk rujukan aku buat masa akan datang.

Mencari mentor

Mentor adalah penting supaya kita boleh dapat shortcut atau mengelakkan kita melakukan kesilapan melakukan sesuatu perkara. Begitu jugak dalam bidang menghasilkan komik. Hasil dari carian google aku jumpa kartunis yang menawarkan personal coaching dan kelas menghasilkan komik. Cuma buat masa ini, aku rasa aku belajar dulu di youtube. Jika aku ada duit nanti, boleh la aku berguru dengan guru yang sebenar. Insyaallah

Post Pertama untuk blog ajoibest.blogspot.my

Okey. Nak beritahu kepada kalian semua. Ini merupakan post pertama untuk blog ini.Tidak ada apa yang nak aku kongsikan. Apa yang pasti, aku sedang dalam proses mengubah hidup aku ke tahap yang lebih tinggi. Tinggi macam mana aku pun tak pasti. Yang pasti aku kena berubah dari sekarang juga.

Ada apa dengan blog ajoibest ni?Siapa Ajoi Best ni? Insyaallah kalau ada masa nanti akan kongsikan dengan korang semua.

Setelah sekian lama, kini aku dapat rasakan ada sesuatu yang ingin aku kongsikan minat aku iaitu melukis. Secara tidak sengaja, aku semangat nak berkarya melalui lukisan. 

Sekarang ini aku sedang menimba ilmu dengan Encik Youtube berkaitan dengan dunia kartun dan komik. Setelah selesai pertapaan aku nanti, aku akan mengorak langkah dan berkarya.

Segala karya, rintihan, suka duka aku menulis dan melukis akan dinukilkan disini untuk tatapan anda semua. Harap hobi dan cita-cita murni aku ini akan memeriahkan dunia korang semua dan membawa kebaikan dunia dan akhirat.

Sekian...